Kuala Perlis
Seperti amalan sebelum-sebelum ini, rakan-rakan aktif DCSARAU akan mengambil peluang di bulan ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini untuk berkumpul berbuka puasa bersama-sama selain daripada ibadah berpuasa dan ibadah khusus itu sendiri. Lokasi pada tahun ini seperti tahun lepas juga di tempat yang sama di Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis. Cuma tahun ini ada kelainan sedikit kami dihidangkan dengan nyamuk-nyamuk kuala perlis yang penuh di bawah meja dan bau sampah di luar medan selera tersebut.
Pucuk Dicita Ulam Mendatang
Jar Air Buah Bermagnet, Salah Satu Keistimewaan Di Linda, Tak Tumpah
Pucuk Dicita Ulam Mendatang
Jar Air Buah Bermagnet, Salah Satu Keistimewaan Di Linda, Tak Tumpah
Rakan-rakan aktif kali ini berpeluang berjumpa dengan Marzairi yang dah lama tak dengar kabar beritanya. Kisah bermula bila rombongan sebuah kereta hitam memecut laju dari Penang walaupun dalam keadaan hujan lebat untuk sampai ke Kuala Perlis. Walaupun beberapa kali terpaksa berhenti untuk membayar tol, isi duit, buang minyak akhirnya rombongan tersebut selamat sampai sebelum pukul tujuh. Sampai di sana jurucakap dcsarau, nazli sudah menunggu dengan 'e'. Juga makanan terhidang tanpa nasi, air dan ikan bakar. Sambil-sambil menunggu waktu berbuka, pelbagai topik dibincangkan selain bertanya kabar peserta dan mak ayah. Antara topiknya adalah Majlis Berbuka Puasa DCSARAU di KL, ReUnion, i-Hack dan nasib (Student) UiTM.
Minit-minit terakhir sebelum berbuka puasa, peserta dihidangkan dengan keadaan di mana ramai org telah berbuka puasa sebelum 7.27pm. Mungkin jam mereka cepat ataupun waktu berbuka terlewat. Tapi sebelah meja peserta confirm tak payah tunggu waktu berbuka. Takut-takut itulah penyebabnya ramai org berbuka puasa awal dari waktunya.
Sebelum Pulang, Peserta sempat menghabiskan makanan dan minuman serta bersolat jemaah di Kuarters Kastam bersebelahan medan selera.

This entry was posted
on 1:09 PM
and is filed under
Gathering
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
10 comments