Majlis Berbuka Puasa (2 Ramadhan 1429)  

Posted by nadahahs

Kuala Perlis

Seperti amalan sebelum-sebelum ini, rakan-rakan aktif DCSARAU akan mengambil peluang di bulan ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini untuk berkumpul berbuka puasa bersama-sama selain daripada ibadah berpuasa dan ibadah khusus itu sendiri. Lokasi pada tahun ini seperti tahun lepas juga di tempat yang sama di Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis. Cuma tahun ini ada kelainan sedikit kami dihidangkan dengan nyamuk-nyamuk kuala perlis yang penuh di bawah meja dan bau sampah di luar medan selera tersebut.

Siakap Menu Utama

Stim woo

Udang Gatal

Tarik Sotong Dalam Tepung

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Jar Air Buah Bermagnet, Salah Satu Keistimewaan Di Linda, Tak Tumpah



Rakan-rakan aktif kali ini berpeluang berjumpa dengan Marzairi yang dah lama tak dengar kabar beritanya. Kisah bermula bila rombongan sebuah kereta hitam memecut laju dari Penang walaupun dalam keadaan hujan lebat untuk sampai ke Kuala Perlis. Walaupun beberapa kali terpaksa berhenti untuk membayar tol, isi duit, buang minyak akhirnya rombongan tersebut selamat sampai sebelum pukul tujuh. Sampai di sana jurucakap dcsarau, nazli sudah menunggu dengan 'e'. Juga makanan terhidang tanpa nasi, air dan ikan bakar. Sambil-sambil menunggu waktu berbuka, pelbagai topik dibincangkan selain bertanya kabar peserta dan mak ayah. Antara topiknya adalah Majlis Berbuka Puasa DCSARAU di KL, ReUnion, i-Hack dan nasib (Student) UiTM.

Minit-minit terakhir sebelum berbuka puasa, peserta dihidangkan dengan keadaan di mana ramai org telah berbuka puasa sebelum 7.27pm. Mungkin jam mereka cepat ataupun waktu berbuka terlewat. Tapi sebelah meja peserta confirm tak payah tunggu waktu berbuka. Takut-takut itulah penyebabnya ramai org berbuka puasa awal dari waktunya.

Sebelum Pulang, Peserta sempat menghabiskan makanan dan minuman serta bersolat jemaah di Kuarters Kastam bersebelahan medan selera.

no mercy!



Para Peserta Kali ini. E (baju biru), Man (baju merah), Wari (baju merun), Nazli (pakai spek), Don (belakang kamera) dan Abu (bukan nama sebenar).


This entry was posted on 1:09 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

10 comments

bulan posaa dok tunjuk makanan plak . apa la hang donn..

sedapnya....macam lebih 10 orang makan...(chaon_niza)

tengoklah selepas berbuka puasa , apa la hang syed..

mmg sedap.. kalau yus join aku rasa lebih dari 10 org makan..

hee. yummy..yummy..
Sedapnya tgk..
Dh la pose! ish.

Anonymous  

wah sedap btl makanan tu...
ssh la org yg keje jauh nk join skali terutama batch yg muda2 ni..rasanya ramai yg keje kt kl.

Anonymous  

makanan boleh tahan la....tp yg paling penting jumpa kawan2 tu...tol tak?

Anonymous  

sedapnye makanan..lama dah tak makan masakan orang perlih..wajah senior2 kite ni pun dah semakin dewasa..hehe

EMMM... KENAPA MUKA YG SAMA EVERY YEAR... YANG LAIN TU TAK MINAT KER??? ATAU LAST MINUTE BARU NAK WAR-WARKAN????

DON... TOLONG BUKA KIOSK JUALAN SINI .... BLEH MEMBER2 DCS BUAT E BISNES....

Anonymous  

ni laa geng2 yg masih setia ngan kola perlis, nampak sempoi aja ikan steam tu :P

Anonymous  

Alhamdulillah, walaupun tak ramai, tapi seronok lah jugak jumpa kawan-kawan. Oklah, kita buat lagi raya nanti.