SITI SOFIAH BINTI ABDUL WAHAB a.k.a SOP
Walimatul Urus
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera
Sekapur sireh seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati
dengan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. aku mempersilakan
kawan-kawan sekalian (satu batch, senior dan junior)
ke MAJLIS PERKAHWINAN aku
pada hari Sabtu, 4hb Oktober 2008 bersamaan 12 Syawal 1429H, bersamaan
Raya ke-4 bertempat di:
DEWAN JKKK SUNGAI CHENAAM, 14320, Nibong Tebal, Seberang Perai
Selatan, Pulau Pinang
ATAU
Rumah Bakal Suami aku…
pada hari Sabtu, 12hb Oktober 2008 bersamaan 4 Syawal 1429H, bersamaan
Raya ke-4 bertempat di:
DEWAN SERBAGUNA KG. ASSAM JAWA, Assam Jawa, Kuala Selangor
Semoga dengan kehadiran dan doa restu hangpa semua akan menyerikan
lagi majlis aku
serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Terima Kasih,
Wassalam.
Di kesempatan ini juga aku mengucapkan selamat menyambut ramadhan
kepada semua… Hari raya tu lagi sebulan tapi aku wish jugak la siap2….
Jgn lupa pi knuri aku kalo yang berkesempatan…..
Sapa2 yg nak tengok ke'slim'an dan ke'jelita'an aku pakai baju kawin,
dan jugak bakal suami aku pi la….. heheh
Filed under
Walimatul Urus
1 comments
hehehe kad ucapan dari kawan-kawan dcsarau utk anda.. temui mereka di yahoogroups dcsarau.
Wani
Yus
Sop
Wani
Saya Wani DCS Arau batch 1998-2002 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan sekelas, senior dan junior yang mengenali diriku ini..(huhu ader lagi ke yang kenal). Maaf zahir dan batin..hati-hati balik kampung..
Yus
Mohd Zaiyusnizar Bin Zainal Abidinhas sent you anMapler
e-greetings!
selamat ari raya utk sume jugak....
mintak ampun dan maaf byk2....
rojam memang best!!!!!
Sop
maaf zahir batin dan halalkan segala yg termakan dan terminum, terambik dan ter'pow'... heheh
Filed under
Walimatul Urus
0
comments
Kuala Perlis
Seperti amalan sebelum-sebelum ini, rakan-rakan aktif DCSARAU akan mengambil peluang di bulan ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini untuk berkumpul berbuka puasa bersama-sama selain daripada ibadah berpuasa dan ibadah khusus itu sendiri. Lokasi pada tahun ini seperti tahun lepas juga di tempat yang sama di Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis. Cuma tahun ini ada kelainan sedikit kami dihidangkan dengan nyamuk-nyamuk kuala perlis yang penuh di bawah meja dan bau sampah di luar medan selera tersebut.
Pucuk Dicita Ulam Mendatang
Jar Air Buah Bermagnet, Salah Satu Keistimewaan Di Linda, Tak Tumpah
Pucuk Dicita Ulam Mendatang
Jar Air Buah Bermagnet, Salah Satu Keistimewaan Di Linda, Tak Tumpah
Rakan-rakan aktif kali ini berpeluang berjumpa dengan Marzairi yang dah lama tak dengar kabar beritanya. Kisah bermula bila rombongan sebuah kereta hitam memecut laju dari Penang walaupun dalam keadaan hujan lebat untuk sampai ke Kuala Perlis. Walaupun beberapa kali terpaksa berhenti untuk membayar tol, isi duit, buang minyak akhirnya rombongan tersebut selamat sampai sebelum pukul tujuh. Sampai di sana jurucakap dcsarau, nazli sudah menunggu dengan 'e'. Juga makanan terhidang tanpa nasi, air dan ikan bakar. Sambil-sambil menunggu waktu berbuka, pelbagai topik dibincangkan selain bertanya kabar peserta dan mak ayah. Antara topiknya adalah Majlis Berbuka Puasa DCSARAU di KL, ReUnion, i-Hack dan nasib (Student) UiTM.
Minit-minit terakhir sebelum berbuka puasa, peserta dihidangkan dengan keadaan di mana ramai org telah berbuka puasa sebelum 7.27pm. Mungkin jam mereka cepat ataupun waktu berbuka terlewat. Tapi sebelah meja peserta confirm tak payah tunggu waktu berbuka. Takut-takut itulah penyebabnya ramai org berbuka puasa awal dari waktunya.
Sebelum Pulang, Peserta sempat menghabiskan makanan dan minuman serta bersolat jemaah di Kuarters Kastam bersebelahan medan selera.
Minit-minit terakhir sebelum berbuka puasa, peserta dihidangkan dengan keadaan di mana ramai org telah berbuka puasa sebelum 7.27pm. Mungkin jam mereka cepat ataupun waktu berbuka terlewat. Tapi sebelah meja peserta confirm tak payah tunggu waktu berbuka. Takut-takut itulah penyebabnya ramai org berbuka puasa awal dari waktunya.
Sebelum Pulang, Peserta sempat menghabiskan makanan dan minuman serta bersolat jemaah di Kuarters Kastam bersebelahan medan selera.
Filed under
Gathering
10
comments
Categories
- Gathering (1)
- Walimatul Urus (2)